Saturday 18 June 2011

Afif Zikri - The First Year Slideshow & Video

Afif Zikri - The First Year Slideshow & Video: "TripAdvisor™ TripWow ★ Afif Zikri - The First Year Slideshow ★ to Alor Setar. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Thursday 9 June 2011

Majlis Pertunangan Kak Syamim


Belajar menanduk bola...bakal striker kedah / P.Pinang

Hari ni 21 Mei 2011...hari pertunangan Kak Syamin dengan Abang Bashir...tak kenai pun..

Majlis dibuat di rumah Pak Long n Mak Long di Kg. Paya tapi dia taman tau di Bukit Mertajam. Pengasuh Afif pun kat sini jugak.

Tema majlis pertunangan ialah warna pink...tapi ada Afif kesah !!! Afif tak ikut tema pun, bila panas Afif buka baju main bola....orang tak marah sebab Afif baby lagi....

Tengok lah gambar Afif yang cute-cute ni...
Feeding time....sumi je

Nak lagi!!!

tomei nye....nak kena potong lidah afif ni

bersama Tok Guar Jering..anak sapa baik
 sangat ni..

Da..da...da...da...depa buat apa tu Kak Syifa' tak habak
 kat Afif pun...

cincin pertunangan Kak Syamim n Abang Bashir....muka
tak leh tunjuk Kak Syamim malu, lagi pun ni blog Afif...

Wednesday 8 June 2011

Bercuti di Chalet Terapong dekat Lembah Bujang, Sg. Merbok,

Baru sampai, dah gelap dan biasalah kena ambil foto dulu, cute kan!
 Pada 17 Mei 2011 selepas balik dari rumah Tok Afif dengan Ayah dan Ibu ikut Pak Long n family ke chalet terapong di Segantang Garam ....banyaknya garam ....kesian depa mesti dapat darah tinggi !

Bila sampai, Mak Ngah dan Kak Farah dan Abang Fathul dah sampai. hujan pun sampai juga, tak leh nak buat apa-apa...nanti ronda dengan keta sports Afif pun tak boleh, nak tidur pon basah, kena duduk kat dalam bilik je. Kesian dan (padan muka ..he..he...) ayah, Pak long dengan Abang syakil tak leh memancing....kena layan Afif.!
Dengan Mak Ngah dan Kak Farah, kena pakai towel hujan dah
nak turun......ambil kain di jemuran....macam cita Melayu !

Kak Farahdeena - salah sorang pengasuh tetap Afif pada tiap
sabtu

Dengan abang Fathul Amin...tapi Afif suka kak Farah lagi..
he...he..

tengok awam yang gelap tu.....hujan dah nak turun!!

Friday 3 June 2011

My parents

Foto Ibu dan ayah bersantap!!
Ibu berasal dari Alor Setar, Kg. Suka Menanti atau Like to Wait (?) Village .Sebuah kampung yang indah semua elemen landskap ada, sawah padi, sungai dan background Gunung Keriang. Typical Malay Village and very nostalgia and very romantik...Ayah berasal dari Kg. Guar Jering Bukit Mertajam, normal suburban kampung, tak romantik sangat, tapi ok lah...

Ibu dan Ayah bernikah pada 23 mei 2009, di Mesjid Kg Suka Menanti.

Ibu dan ayah dikelilingi oleh abang dan kakak-kakak tumpang sekaki, Mak Long dan Mak Cik pun ada.
Kenduri kat rumah Tok Wan..Mak Ngah tumpang sekaki dengan  Tok Alor Setar pada  6.6.2009.
Sepupu sepapat berposing kat bilik pengantin

Introduction

Assalamualaikum ! Ini blog Afif. Afif baru 8 bulan, jadi Mak Ngah yang tolong buat blog ni untuk Afif. Afif cucu ke 20 kepada allahyarham Tn. Hj. Saad bin Shaari dan Hjh. Che Amah @ Rahmah bt. Abdullah dan anak sulung pada Mohd. Zuhairi bin Saad dan Ayu bt. Saad. Ayah dan Ibu bukan adik beradik, kebetulan nama Tok Wan sama.

Ini Afif buka mata tengak Mak Ngah.
Umur Afif 3 hari. Mak Ngah ambil masa kat rumah Ibu di Kg.  Suka Menanti, Alor Setar.